About Me

My photo
Nur Fatin Syamimie Binti Mohd Zawawi. Im from Kelantan. And now studying at Maktab Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka

Wednesday, February 26, 2014

Sunday, September 22, 2013

http://eemoticons.net COKLAT GANACHE PASTI SEDAP !


Bahan- bahan Resepi Coklat Ganache Sedap:

300 gram dairy whip cream (atau krim putar)
500 gram coklat masakan.
30 gram butter

**Jika sukar untuk mendapatkan dairy whip cream boleh menggantikannya dengan susu segar atau susu perisa coklat. Coklat masakan pula boleh digantikan dengan serbuk coklat atau serbuk koko.

Cara-cara Menyediakan Masakan Resepi Coklat Ganache Sedap:

1. Campurkan coklat masakan yang telah dicincang kecil bersama dairy whip cream ke dalam satu bekas.

2. Panaskan bahan-bahan ini sehingga coklat masakan menjadi cair. Anda boleh menggunakan kaedah double boil atau menggunakan microwave. Pastikan anda menggunakan haba yang sederhana dan tidak terlalu panas, dalam erti kata lain panaskan secara perlahan-lahan.

3. Kacau campuran coklat dan krim putar sehingga sebati. Anda boleh tambahkan butter atau mentega semasa anda mengacau campuran tersebut.

4. Biarkan campuran menyejuk buat seketika. Setelah campuran menjadi suam, anda bolehlah mencurahkan coklat ganache anda ke atas kek.





Ladybug animated gif 1
BISKUT MACAROON 



Bahan-bahan (+ - 24 set,48 keping)
2 biji (80g) telur putih L size
60g gula kastor
80g almond powder
120g gula aising
sedikit esen vanilla (yg ni Rahel tak letak)
Inti: ganache, kiwi fruit filling, blueberry fruit filling

Cara-cara:

1.Ayak almond powder dengan gula aising.
2.Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih.Masukkan esen vanilla pukul lagi
3.Masukkan sikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih.Kacau perlahan-
   lahan macam buat kek.Masukkan pewarna,kaup balik hingga rata.
4.Masukkan adunan yang dah siap ni ke dalam piping bag yg telah diletak nozel 10,picitkan
   adunan sebesar duit 20sen atau 50sen ke atas dulang yang di alas dengan baking paper.
   Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm.Ambil toothpick,pecahkan mana-mana gelembung
   udara yang terbentuk di permukaan macarons-untuk mengelakkan permukaan macarons jadi
   berlubang bila dibakar.Ketuk-ketuk bahagian bawah dulang utk bagi adunan rata.
5.Biarkan macarons kering atau tak melekat di tangan sebelum dibakar.Lebih kurang 30-40
   minit sebelum dibakar.(Bergantung pada cuaca juga ni.Saya letak bawah kipas bagi dia cepat
   kering.Sebelum bakar tu,test dulu dengan jari,kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
6.Bakar dalam oven pada suhu 150 degree selama 15 minit.Sejukkan sebelum letak inti.
7.Picitkan adunan sebesar duit 20sen atau 50sen,kemudian ketuk2 bahagian bawah dulang untuk keluarkan gelembung udara dan juga untuk bagi permukaan macarons rata.
8.Masukkan dulang macarons ke dlm oven,letak di rak bawah,bakar macarons di dalam oven pada suhu 150 'C selama lebih kurang 15 minit.

Selamat mencuba 

http://eemoticons.net

Thursday, September 12, 2013

SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU
Sebelum kedatangan Islam, masyrakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatanagan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan Zainuddin, 2004: 91-92).



Peta Kepulauan Riau Kuno

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91).



Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.



PENGHAYATAN ISLAM BERTERUSAN DI ZAMAN PENJAJAHAN


Proses Islamisasi Undang-undang & Sosio-Budaya dan Politik tergugat dengan kedatangan penjajah British, tetapi tidak banyak terjejas di zaman Portugis dan Belanda. Di zaman penjajahan British peranan Undang-undang Islam diperkecilkan bidang perlaksanaannya & golongan yang terlibat dengan Undang-undang Islam, iaitu hanya untuk orang-orang Islam dan bidangnya hanya bidang undang-undang diri dan kekeluargaan. Sesungguhnya begitu, kita dapati dalam bidang-bidang yang lain, seperti pendidikan agama, kehidupan keagamaan dan kehidupan individu dan keluarga serta masyarakat masih diberi ruang untuk dihayati dan tidak diganggu-gugat. Justeru itulah kita dapati perkembangan Islam dan penghayatannya masih dapat dipertahankan (JAKIM).


PENGHAYATAN ISLAM DI ZAMAN KEMERDEKAAN


Kemerdekaan Malaysia yang dicapai pada 31 Ogos 1957 adalah usaha daripada UMNO, yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. UMNO cuba menunjukkan kekuatannya kepada pihak berkuasa British dengan menggabungkan parti China (MCA) dan parti India (MIC) dalam gagasan “Perikatan”, dengan mengekalkan identiti parti masing-masing dalam perkara-perkara tertentu (JAKIM).


Berasaskan perikatan ini didapati pensyarikatan kuasa politik berlaku antara etnik China, India dan Melayu, tetapi walau bagaimanapun UMNO masih merupakan kuasa politik dominan dalam pemerintahan. Sejak daripada tahun 1957 sehingga kini kedominan parti UMNO dapat dipertahankan dalam menguasai pemerintahan negara. Sungguhpun UMNO sebuah parti sekular, pendukung-pendukungnya adalah dari golongan Melayu Muslim yang masih sensitif kepada Islam kerana adanya sensitif ini didapati kedudukan Islam dan orang Melayu Islam ada keistimewaan-keistimewaan tertentu dan begitu juga intitusi-intitusi Islam di peringkat negeri dan pusat masih diberi kedudukannya yang tersendiri (JAKIM).


Sejak daripada tercapainya kemerdekaan, perhatian kepada pembangunan masyarakat Islam terus berlaku dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial cuma yang agak tersekat dalam proses Islamisasi ialah bidang undang-undang yang disegi kenyataannya untuk dibuat perubahan secara menyeluruh terhalang disebabkan beberapa peruntukan yang ditinggalkan oleh penjajah dalam perlembagaan, Undang-undang Federal dan Pusat. Undang-undang yang agak ketara percanggahannya adalah di bidang jenayah hudud, adapun di bidang jenayah membunuh & mencederakan sebahagian daripada prinsip dan hukumnya tidak banyak beza dengan Islam, demikian juga dalam hukum ta’zirkesalahan-kesalahan maksiat. Selain daripada itu dalam muamalat hanya unsur riba yang ketara bercanggah dengan Islam, tetapi dalam bahagian yang lain tidak banyak percanggahannya. Dalam bidang kekeluargaan didapati sepenuhnya undang-undang Islam dilaksanakan, kecuali negeri yang masih berpegang, kepada adat perpatih (JAKIM).


Dalam proses meneruskan Islamisasi di bidang undang-undang didapati peruntukan-peruntukan khas diwujudkan untuk kepentingan Islam dan masyarakat Islam seperti Akta Bank Islam, Akta Takaful, Falsafah Pendidikan Negara, Akta Universiti Antarabangsa, Akta Koperasi dan sebagainya. Melihat kepada perkembangan ini ternyata proses Islamisasi berterusan berjalan dengan adanya ruang peruntukan dalam Undang-undang Negeri & Persekutuan, Cuma yang perlu diusahakan ialah bahagian-bahagian tertentu dalam Undang-undang Federal, Perlembagaan dan undang-undang Negeri yang menghalang perlaksanaan Islam yang menyeluruh perlu dipinda (JAKIM).

SISTEM DEMOKRASI & PENGHAYATAN ISLAM


Selepas merdeka kita didedahkan dengan sistem demokrasi berparlimen, yang ditaja oleh penjajah British sebelum Malaysia diberi kemerdekaan. Untuk melaksanakan sistem demokrasi dalam pemerintahan maka parti politik ditubuhkan. Dalam sistem berparti ini terdapat peruntukan untuk parti pemerintah & parti pembakang. Dilihat dari sudut Islam sistem demokrasi ini dapat diterima dari satu sudut iaitu memberi suara kepada rakyat memilih pemimpin mereka secara bebas dan terbuka tetapi yang tidak cocok dengan Islam ialah ia membelah umat berterusan kepada dua kelompok, kelompok pemerintah dan kelompok pembangkang yang menentang pemerintah dalam ruang terbatas. Sedangkan dalam Islam mengajak kepada kesatuan umat dan mendekatkan jurang pemisahan di antara kelompok, bukan meluaskan jurang (JAKIM).


Walau bagaimanapun kenyataan ini wujud di hadapan kita dan kita terpaksa menerima sistem ini dengan dibuat perhitungan bahawa sistem ini bukan suatu kebenaran mutlak dan ia adalah tajaan penjajah yang masih meneruskan polisinya “divide & rule”. Kalau diambil asas yang masakini iaitu kuasa politik Melayu Muslim masih ada sebagai titik tolak untuk menyatukan Kelompok Islam, dengan mengambil kira Islam sebagai asas dalam penyelesaian kuasa politik dan cuba menjauhkan titik-titik perbezaan serta mencari titik-titik persamaan yang membina, maka dirasakan ini lebih bermanfaat untuk kekuatan masa depan politik orang Islam. Kalau tidak kita berterusan menjadi alat idea penjajah “divide & rule” yang kita sendiri memecahkan kelompok kita dengan tangan kita sendiri. Oleh itu bagi memudahkan proses penyatuan umat di masa depan kita perlu menerima sebagai suatu kenyataan bahawa negara ini ialah sebuah negara Islam. Dengan menerima negara ini sebagai sebuah negara Islam bukan bermakna ianya telah selesai segala tuntutannya. Kesempurnaannya perlu kepada pengisian daripada kita, sama juga seorang Muslim yang diakui sebagai Muslim selepas mengucap dua kalimah syahadah bukan bermakna Muslimnya sudah sempurna, kesempurnaan Islamnya bergantung kepada proses peningkatan ilmu & penghayatan Islam pada dirinya (JAKIM).

KESIMPULAN


Tidak ada kesepakatan dikalangan ulama tentang kriteria negara Islam kerana tidak terdapat nas Qat’i yang menentukannya. Justeru itu ulama berbeza pandangan dalam ijtihadnya dalam menentukan ciri-cirinya. Ada yang mencirikan bilangan majoriti Muslim sebagai penentu dan ada mencirikan perlaksanaan syari’ah sebagai penentu. Dalam pengalaman sejarah politik Islam tidak terdapat penentuan cara yang tetap dalam pemilihan pemimpin negara. Ada secara pemilihan terbuka dan ada secara warisan, tetapi semua bentuk pemimpin yang ditentukan itu diterima sah oleh ulama yang membincangkan teori politik Islam. Ulama juga tidak sepakat pendapat tentang syarat-syarat yang ditetapkan bagi ketua negara, kecuali beberapa syarat sahaja seperti keupayaan jasmani, kelayakan undang-undang, adil, kelayakan ilmu siasah, peperangan dan pentadbiran. Kerakyatan negara Islam sama ada Muslim atau bukan Muslim adalah sama disegi hak dan kewajipan kecuali perkara-perkara khusus yang dikecualikan. Mereka dikira sebahagian daripada umat Islam (ummatun min al-Muslimin). Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan kepada majoriti penduduk Islam, keamanan yang dinikmati, perlaksanaan undang-undang Islam sebahagian besarnya dan kepimpinan negara dikuasai oleh orang Melayu Muslim (JAKIM).





sumber utama: SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU / KHALIFAHhttp://khalifahalhidayah.blogspot.com/2012/05/sejarah-kedatangan-islam-ke-tanah.html#ixzz2TRE1HNgv 
milkysmile milkysmile milkysmile milkysmile milkysmile


Kejuruteraan Genetik 

Kejuruteraan genetik adalah istilah yang digunakan kepada pengubahsuaian genetik sesuatu organisma. Kejuteraan genetik juga dikenali sebagai teknologi DNA rekombinan kerana gen yang terdiri daripada urutan DNA tertentu diasingkan dan digabung semula dengan DNA organisma lain. Teknologi ini membolehkan manusia memindahkan sesuatu maklumat genetik yang berguna daripada sesuatu spesis organisma kepada spesis organisma lain. Perkara ini tidak dapat dilakukan dengan teknik pembiakan biasa.
Kejuteraan genetik berbeza daripada pembiakan tradisional di mana gen organisma diubah secara tidak langsung. Kejuteraan genetik menggunakan teknik pengklonan dan pengubahsuaian molekular untuk mengubah struktur dan ciri gen secara langsung. Kejuteraan genetik telah berjaya dalam beberapa kegunaan termasuk dalam meningkatkan teknologi tanaman, pembuatan insulin manusia tiruan dan pengeluaran tikus makmal bagi penyelidikan kanser.

Kebaikan Kejuruteraan Genetik

1)aspek kualiti dan komposisi nutrien yang dapat diperbaiki ataupun sekaligus
dipertingkatkan lagi berbanding dengan tumbuh-tumbuhan tanaman organik.
2)melambatkan atau menurunkan kadar proses pengoksidan di samping melambatkan
kerosakan yang disebabkan tindak balas kimia.
3)peningkatan kandungan mineral dan antioksidan seperti karotenoid, flavanoid,
Vitamin A, C dan E dalam tumbuh-tumbuhan jenis ini.
4)sayur-sayuran dan buah-buahan yang dihasilkan melalui proses kejuruteraan genetik
akan tahan lebih lama.

Namun setiap kebaikan ada keburukannya juga. Begitu juga dengan kejuruteraan genetik.

1)kejuruteraan genetik mungkin boleh mengubah kandungan nutrien makanan dengan
cara yang tidak dijangkakan. Misalnya mengurangkan kandungan sesetengah nutrien
dan meningkatkan kandungan nutrien yang lain.
2)Kerintangan terhadap antibiotik mungkin boleh berlaku kerana gen yang digunakan
dalam sesetengah tanaman yang diubahsuai mungkin boleh memindahkan penyakit
yang disebabkan oleh mikrob, ke dalam usus manusia atau haiwan yang menggunakan
makanan kejuruteraan ginetik.
3)menyumbang kepada masalah perkembangan kesihatan umum kerana rintangan
terhadap antibiotik ini akan akhirnya terpindah kepada manusia melalui pengambilan
makanan yang terhasil melalui kaedah kejuruteraan ginetik.
4)kejuruteraan ginetik telah menunjukkan tahap kerintangan yang tinggi dan luarbiasa
terhadap racun pemusnah tumbuhan seperti racun Herbisid, Pesticid dan lain-lain
lagi.Keadaan ini sekaligus akan memerlukan kita mencipta racun yang lebih kuat untuk
mengawalnya dan secara tidak langsung akan membahayakan alam sekitar kita.

Tuesday, September 10, 2013



Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat  haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk  menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya  kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar
Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan..

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis.. Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penghutanan semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup.

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting.

Keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.

Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar.Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.


http://eemoticons.net http://eemoticons.nethttp://eemoticons.net

ISU PEMBUANGAN BAYI 

DEFINISI PEMBUANGAN BAYI
          
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pembuangan bayi ini adalah perkataan ‘buang’ membawa maksud iaitu mencampakkan, melemparkan, menghapuskan dan menghilangkan. Perkataan ‘bayi’ pula bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu. Manakala maksud pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan. Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah iaitu usia remaja. Akibat daripada tiada perikemanusiaan, bayi telah menjadi mangsa dan kesannya mereka hidup tanpa mengenal ibu bapa kandung. Ajaran islam dalam pembuangan dan penguguran bayi diharamkan dalam kalangan masyarakat Islam. Ianya dianggap satu dosa yang amat besar keran membunuh dengan niat.


FAKTOR TERJADINYA GEJALA PEMBUANGAN BAYI

1. Kurang didikan agama dalam diri
         
  Dalam hal ini, tidak boleh dinafikan lagi bahawa kekurangan didikan agama antara faktor dominan gejala pembuangan bayi ini berleluasa umpama virus epedemik yang semakin merebak terutamanya dalam kalangan remaja. Masalah ini terjadi apabila rohani seseorang remaja tidak diisi dengan ajaran agama yang kukuh oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Mereka mudah terjebak ke kancah penghinaan ini akibat terpengaruh oleh bisikan syaitan iblis yang menghasut mereka untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Oleh yang demikian, remaja yang tidak mempunyai ilmu agama yang kukuh ini tidak dapat membezakan mana yang halal dan mana yang haram. Tamsilnya, mereka menjalankan hubungan di luar tabii antara lelaki dan perempuan sehingga menyebabkan remaja perempuan tersebut mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Bagi menutup rasa malu, mereka mengambil jalan pintas dengan meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat-tempat seperti tandas awam, tong sampah dan lebih teruk lagi, ada segelintir daripada mereka sanggup membunuh dan membakar darah daging mereka sendiri semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil daripada hubungan sulit mereka. Jelaslah bahawa, kurang didikan agama menyebabkan terjadinya gejala ini semakin meruncing.

2. Pengaruh rakan sebaya
          
  Faktor kedua terjadinya gejala ini adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Hal ini demikian, pada usia muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan terutamanya rakan mereka yang berperangai negatif dan tidak bermoral. Tamsilnya, remaja ini mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan untuk melakukan perkara-perkara yang diluar batasan agama dan diharamkan dalam Islam. Mereka melakukannya kerana inginkan kebebasan dan keseronokan duniawi. Misalnya menghisap dadah, bergaul antara lelaki dan perempuan tanpa batasan dan lebih malang lagi mereka melakukan seks rambang sehingga ada sesetengah mereka mengandung anak luar nikah. Akibat daripada perbuatan terkutuk itu, mereka  mula merasa menyesal dan tidak menemui jalan penyelesaian apabila didapati pasangan mereka tidak ingin bertanggungjawab dan akhirnya mengambil jalan mudah dengan membuang darah daging mereka sendiri. Mereka seperti “manusia” yang berhati binatang yang sanggup membunuh darah daging sendiri. Sebenarnya, golongan ini lebih teruk dan hina daripada binatang. Hal ini demikian kerana jika dibandingkan dengan binatang, mereka pun tahu sayang akan anaknya, mencari makan dan melindungi anaknya daripada ancaman bahaya sekeliling.  

3. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru
             
Punca seterusnya ialah tidak dinafikan lagi bahawa remaja pada zaman moden ini mempunyai naluri untuk mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Kebiasaannya mereka gemar melakukan sesuatu benda yang menarik dan jarang dilakukan oleh remaja yang lain terutamanya melakukan hubungan seks sehingga terlanjur dan hamil. Remaja yang baru berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang sememangnya mudah dikuasai oleh perasaan ingin mencuba dan meniru aksi-aksi atau adegan-adegan panas bagi memuaskan nafsu mereka. Seterusnya berlaku peningkatan kes pembuangan bayi akibat perbuatan terkutuk mereka. Bagi mereka, keseronokan adalah perkara utama ketika berada dialam remaja. Tanpa memikirkan dosa dan maruah diri sebagai seorang remaja perempuan islam serta maruah keluarga, mereka sanggup mengadaikan mahkota diri sendiri akibat tewas dengan kata-kata dan janji manis serta tipu muslihat dari seseorang bergelar lelaki. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya mereka tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal ditanggung oleh mereka. Oleh yang demikian, sebagai remaja yang berfikiran matang, mereka seharusnya berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

4. Keruntuhan institusi keluarga
             
Institusi kekeluargaan yang rapuh juga adalah faktor utama penglibatan remaja dengan gejala kehamilan dan pembuangan bayi. Pensyarah di Akademik Islam, Universiti Malaya, Prof, Madya Hashim Yahya, menyatakan beliau tidak menafikan gejala sosial yang kedengaran hari ini adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Islam sudah mula tidak mengambil berat tentang betapa pentingnya institusi keluarga. Dewasa ini, ramai ibu bapa tidak dapat membahagikan masa antara kerjaya dan anak-anak. Bagi mereka, remaja tidak perlu diberi perhatian kerana mereka sudah boleh berdiri di atas kaki sendiri. Umum mengetahui, keluarga merupakan antara orang yang paling rapat dengan remaja terutamanya dirumah. Ibu bapa seharusnya meluangkan masa walau sibuk sekalipun, mereka sepatutnya memperuntukkan waktu bersama anak- anak agar remaja merasakan diri mereka sentiasa disayangi dan di hargai oleh kedua orang tua mereka sendiri. Sekiranya ibu bapa peka terhadap anak-anak, secara tidak langsung masalah yang tidak diingini seperti ini dapat di atasi kerana mereka sentiasa berada dibawah panjagaan ibu bapa. Janganlah menjadi ibu bapa yang hanya sibuk mengejar dan mencari harta duniawi sahaja
sehingga menyebabkan tanggungjawab dalam mendidik dan memantau setiap perlakuan anak diabaikan. Sekiranya ibu bapa terus bersikap acuh tak acuh dalam mendidik anak, ia akan memberikan impak yang negatif. Kesannya, anak-anak mudah terlibat dalam perbuatan sumbang ini kerana mereka merasa dirinya kosong dan tidak berguna akan  mula mencari perhatian dan kasih saying dari rakan-rakan.

IMPAK DARIPADA PEMBUANGAN BAYI

Gejala pembuangan bayi pada hari ini tidak hanya memberi kesan negatif kepada individu yang terlibat sahaja, malah ia juga akan mendatangkan kesan buruk dan turut dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat.. Gejala sosial ini juga turut memberikan impak yang begitu besar kepada sesebuah negara. Umum mengetahui, remaja merupakan asset terpenting negara pada masa hadapan yang memainkan peranan utama dalam pembangunan negara. Bak kata peribahasa melayu, ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’

1. Pembinaan negara akan terbantut dan ekonomi negara tidak berkembang.
            
  Antara salah satu impak negatif yang akan di tanggung oleh negara akibat kes pembuangan bayi ini ialah pembangunan negara Malaysia akan terbantut serta ekonomi negara akan turut terjejas. Seperti yang sedia maklum, jatuh bangun sesebuah negara bergantung kepada generasi masa kini. Sekiranya generasi masa kini sering terlibat dalam masalah sosial, secara tidak langsung akan mendatangkan kesan yang amat buruk. Oleh yang demikian, para remaja masa kini harus menerapkan nilai- nilai murni serta mereka perlu menjaga akhlak mereka sebagai hamba Allah s.w.t. agar dijauhi daripada melakukan  perkara- perkara terkutuk seperti berzina.

2. Kesan kepada bayi dan ibu bayi.

Apa yang lebih teruk, bayi-bayi ini mati akibat daripada perbuatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mempunyai hati nurani kerana bayi-bayi ini dibuang di tempat yang tidak sepatutnya diduduki oleh bayi yang masih lemah dan kecil, misalnya dibuang di tandas, rumah kosong, sungai, longkang, tong sampah atau rumah ibadat. Selain itu,tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan. Malah ia juga akan member kesan yang buruk kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi pesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Selain itu, pesalah juga sudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri, dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang, agama, dan negara.

3. Kesan kepada masyarakat.

Kes pembuangan bayi ini juga mampu memberi impak kepada masyarakat sekeliling. Antara kesannya ialah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Sebagai rakyat yang hidup dalam komuniti yang sama, mereka pasti berasa kecewa dengan apa yang berlaku. Dalam hal ini, remaja atau pelaku sudah semestinya dipersalahkan kerana gejala yang tidak bermoral ini berpunca daripada sikap mereka. Peribahasa yang sesuai dengan situasi ini ialah, “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.


RASIONAL TINDAKAN KERAJAAN DALAM MENANGANI ISU INI.

            Kebejatan manusia alaf moden semakin terzahir dengan penemuan banyak mayat bayi yang tidak berdosa. Lunturnya nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat merupaka faktor terjadinya permasalahan ini. “Cegah sebelum parah”, itulah cara yang paling efektif untuk membanteras isu pembuangan bayi dari terus berleluasa. Antara langkah yang drastik patut dipraktikkan bagi menangani isu pembuangan bayi ini ialah melalui peranan pihak berkuasa dan media massa, ibu bapa dan badan-badan NGO serta masyarakat juga perlu berganding bahu mengatasi isu ini dari terus meruncing. Dalam mengejar arus pemodenan ini, kemelut pembuangan bayi tidak harus dipandang sepi. Oleh itu, pihak media massa hendaklah menyekat program-program hiburan yang melalaikan serta dapat merosakkan akhlak remaja. Sebagai contoh, filem-filem yang berunsur negatif dan mengandungi adegan-adegan lucah haruslah disekat seperti 18sx . Sekiranya pihak media massa memandang enteng akan isu tersebut, ia boleh menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat seterusnya kadar pembuangan bayi juga akan turut meningkat.
            Bukan itu sahaja, pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan segera untuk menangani masalah ini dengan menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat lagi. Tamsilnya, mengenakan hukuman yang maksimum ke atas pasangan yang melakukan zina seperti menjatuhkan hukuman sebat kepada mereka yang terlibat. Hukuman yang setimpal mesti dilaksanakan supaya dapat memberikan pengajaran kepada remaja yang terjebak dalam kes pembuangan bayi dan juga kepada remaja yang lain. Dengan penguatkuasaan
undang-undang, secara tidak langsung mungkin dapat mengurangkan kes pembuangan bayi serta mesalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dapat di atasi.
                        Di samping itu, pihak kerajaan juga harus mempergiatkan lagi kempen-kempen kesedaran. Hal ini demikian dapat membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini. Justeru itu, kerjasama daripada media massa dan media cetak amatlah diperlukan bagi menjayakan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Peranan daripada media ini penting dalam menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh mengadakan program motivasi atau kempen kesedaran seperti “Dosa Besar”, “Anda Bijak Jauhi Zina” dan “Adab Bergaul” mampu menguatkan lagi rasa keinsafan dan ketakutan remaja dalam melakukan dosa.
                        Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini daripada terus berleluasa. Langkah drastic yang boleh dilakukan oleh para ibu bapa ialah menghantar anak-anak ke kem motivasi atau seminar jati diri. Hal ini demikian kerana ia juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk membanteras gejala ini. Sekiranya anak-anak menyertai kem tersebut, secara tidak langsung minda mereka akan terbuka. Kebiasaannya mereka akan didedahkan dengan pelbagai isu semasa yang melanda Negara. Sekaligus akan memberikan informasi tentang kesan-kesan negatif yang akan ditanggung sekiranya mereka terlibat dalam jenayah tersebut. Contohnya, kes pembuangan bayi amat digeruni kerana nyawa si ibu atau pesalah terancam akibat proses melahirkan anak yang salah dan tidak normal tanpa ada pengawasan daripada doktor. Jelaslah bahawa dengan menyertai kem motivasi ini secara tidak langsung akan menerbitkan kesedaran dalam diri remaja tentang keburukan kes pembuangan bayi. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa melayu, “mencegah lebih baik dari mengubati”.
                        Intihanya, masalah pembuangan bayi dipengaruhi oleh banyak faktor. Oleh itu, peranan daripada semua pihak amat diperlukan untuk mengatasi masalah ini sebelum semakin parah. Pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan kes pembuangan bayi yang semakin rancak berlaku di negara kita. Gejala ini akan terus menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera. Sekiranya gejala ini tidak dicegah, akan membawa impak negatif kepada negara. Imej negara akan  tercemar dan dipandang rendah oleh negara luar. Senario ini persis peribahasa melayu, “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Oleh itu, golongan yang bakal menerajui kepimpinan masa hadapan perlu mempunyai sikap cintakan negara dan memusuhi kegiatan terhina ini. Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang sihat dan terbilang dari segi lahiriah dan rohaniah dapat direalisasikan.

GAMBAR BAYI YANG TELAH DIBUANG 





USAHA-USAHA UNTUK MENANGANI ISU INI