KEMAHIRAN BELAJAR
1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran mendengar dan bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada dalam perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran mendengar dan bertutur sememangnya saling berkaitan.
2. Kemahiran Membaca
Pelajar perlu menguasai kemahiran membaca untuk memperoleh infomasi , ilmu pengetahuan dan maklumat tentang sesuatu perkara. Membaca juga merupakan satu bentuk komunikasi iaitu komunikasi antara pembaca dan penulis
3. Kemahiran Menulis dan Mencatat Nota
BCB tidak sahaja memerlukan pelajar itu menguasai kemahiran bertutur, mendengar dan membaca tetapi yang lebih penting ialah menguasai kemahiran menulis terutama kemahiran menulis nota dan menulis cepat. Kemahiran mencatat nota melibatkan aktiviti merekodkan data, maklumat, informasi, fakta atau isi-isi penting daripada sesuatu bahan sama ada bahan yang dibaca, didengar atau dilihat.
4. Kemahiran Mengingat atau Menghafal
Mengingat dan menghafal merupakan satu bentuk kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar jika ingin berjaya dalam pelajaran. Kemahiran mengingat atau menghafal merupakan kemahiran mengingati semula isi-isi pelajaran dan fakta-fakta yang telah dipelajari sebelum ini.
5. Kemahiran Mengumpul Maklumat
Kemahiran maklumat merupakan satu aspek kemahiran BCB yang paling utama. Dalam hal ini, pelajar bukan sahaja mampu mengenal pasti maklumat yang perlu dicari, tetapi juga mampu mengumpul, mengurus dan mengolah maklumat supaya maklumat tersebut dapat digunakan bagi memenuhi keperluan dalam pembelajaran.
No comments:
Post a Comment