PENDIDIKAN SEJARAH KE ARAH PERPADUAN KAUM
Antara cadangan yang dikemukakan adalah mengenai isi kandungan kurikulum sejarah. Kurikulum yang ditampilkan perlulah bersifat futuristic dan berdaya saing di mana keseimbangan dari aspek teori dan amali perlu diberi perhatian. Dalam isi kandungan kurikulum, perlulah ditampilkan ilustrasi yang menarik agar dapat menarik perhatian pelajar untuk mengikutinya. Kurikulum sejarah pada masa kini perlulah bersifat progresif, dinamik dan seimbang. Dengan kata lain, kurikulum yang dihasilkan perlulah berpusatkan pelajar, realistic serta praktikal dan juga boleh diaplikasikan dalam konteks kehidupan seharian. Isi kandungan kurikulum sejarah juga perlulah dilihat kembali agar sumbangan semua kaum di Negara ini dapat dilihat dan dihargai (Ahamad bin Rahim, et . all, 2011).
Sumbangan kaum Melayu, Cina dan India terhadap proses kemerdekaan dan pengisian kemerdekaan perlu dimasukkan dalam kurikulum. Contohnya dalam menuntut kemerdekaan Negara, peranan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan perlulah dikupas dan diperhalusi dari perspektif perpaduan dan integrasi kaum di Negara ini. Hal ini adalah untuk mengelakkan tafsiran sejarah yang dipelajari lebih menjuruskan kepada sejarah orang-orang melayu atau ‘melayu centric’. Seharusnya kurikulum sejarah itu dapat merangsang pelajar-pelajar agar dapat merasakan sejarah yang dipelajari itu adalah milik mereka bersama. Hal ini sangat penting agar setiap kaum akan dapat memahami sejarah bagi setiap kaum yang lain. Kurikulum sedemikian akan dapat menarik minat pelajar dari semua kaum dalam menilai sumbangan kaum mereka terhadap sejarah pembangunan Negara. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan perpaduan di kalangan mereka (Ahamad bin Rahim, et.all, 2011).
Seterusnya adalah cadangan mengenai konteks penerapan nilai dalam sejarah. Hal ini adalah kerana subjek sejarah di sekolah dilihat sangat relevan dalam memupuk nilai-nilai kemasyarakatan, intelektual dan social untuk mencorakkan perkembangan personality yang lebih seimbang.menurut Rahim Rashid (2000), penerapan nilai dalam pendidikan sejarah dapat dibahagikan kepada empat iaitu, nilai individu, nilai politik, nilai sosial dan kemasyarakatan dan juga nilai intelek. Oleh yang demikian, kurikulum sejarah yang dibentuk perlulah memberi penekanan kepada nilai unsur ini selari dengan hasrat untuk melahirkan generasi pelajar yang dapat memahami dan berinteraksi dengan lebih harmoni, khususnya dalam konteks masyarakat pelbagai etnik di Negara ini.
No comments:
Post a Comment